Search This Blog

Aku Nak Cuti.....

Bestnyaaaa

Wednesday, October 13, 2010

Semalam siapanamaaku pergilah ke konvokesyen UPM..wow siapanamaaku sungguh takjub dengan persembahan vokal yang didendangkan penyanyi itu...dalam blog ini siapanamaaku ingin merakamkan kekaguman terhadap penyanyi itu....lagu yang didendangkan ialah Pahlawanku..nyanyian asal Sanisah Huri...siapa yang boleh beritahu siapakah gerangan penyanyi itu siapanamaaku akan beri sepuluh kilo manggis....huh...sungguh lunak...

Thursday, January 7, 2010

Chowkit kita semua tahu adalah kawasan yang begitu berisiko tinggi. Banyaknya gejala negatif dan panggilan Lorong Gelap memberi seribu makna kepada kita. mana tidaknya semuanya dari Pekerja Seks, Penagih Dadah, Pengedar Dadah, Samseng, Men To Men, Transeksual, Perjualan kanak-kanak dan sebagainya. Dan di sana pelbagai bangsa dan agama boleh kita dapat di kawasan chowkit.

Kisah ini berlaku pada 3 tahun yang lepas, bagaimana seoarang kanak-kanak yang dulu rajin, baik hati, sopan santun, rajin mengikut aktiviti di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chowkit yang ketika itu di Lorong Haji Taib 3 yang mana ketika itu, Raja Azizan dan isterinya Menjadi Penyelia dan Sukarelawan pada ketika itu, Dan Paling manis ketika itu, Dr Hartini yang baru pulang dari USA, telah menjadi Sukarelawan dengan mengajar Bahasa Inggeris kepada Kanak-Kanak chowkit dan kini Dr Hartini sudah bergelar General Manager Nur salam.

Berbalik kisah anak tersebut, masalah ini datang daripada runtuhnya institusi kekeluargaan di mana keluarga anak tersebut di kategorikan di bawah kemiskinan yang agak teruk. akibat kemiskinan, keluarga anak tersebut terlupa untuk memberi didikan dan kasih sayang kepada anak mereka. Ibu anak tersebut berkerja waktu malam mencari pelanggan untuk dia meneruskan kehidupan di kota metropolitan kuala Lumpur ini.

Anak tanpa kasih sayang dan didikan ini mula berubah. Ponteng sekolah, berkeliaran dengan mat rempit adalah rutin harian yang dia akan laksanakan. lama-lama kelamaan, dia berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran sekolah, tidak mampu untuk membayar duit bas ke sekolah. Anak ini bekerja di warung pada waktu malam untuk mencari sesuap nasi sebagai bekalan tenaga untuk dirinya

perubahan anak ini mula kami perasaan, ada tanya "KISS BITE" di lehernya. Kami memberi nasihat dan tegurannya. Biasalah anak-anak, sejam dua dia patuhlah,selepas itu nasihat tinggal nasihat. Kami membuat aduan supaya anak tersebut di ambil dan di beri perlindungan di tempat sepatutnya.

Kami melaporkan kepada sebuah Jabatan Kerajaan yang berkaitan, tetapi tindakan daripada pihak wajib yang lambat telah menyebabkan anak itu menjadi mangsa rakusan hawa nafsu oleh Kekasihnya sendiri. Bukan kekasihnya sahaja, anak itu menjadi santapan hawa nafssu kepada 6 rakan dia yang lain.

Marah ! Pilu ! Sedih! itulah perasaan kami pada masa itu, Kalaulah tindakan awal di ambil oleh pihak berwajib, kami rasa anak tersebut akan terselamat dan mungkin juga dapat dipulihkan sikapnya.

Bila kami tahu kes tersebut, kami melaporkan kepada Jabatan Kerajaan terbabit. pada masa itulah tindakan baru nak di ambil untuk di beri perlindungan. akan tetapi, Nasi dah menjadi bubur, Suci dah menjadi kurang suci. Anak tersebut telah menjadi rakusan 7 orang lelaki pada masa yang sama.

Kini, anak tersebut berada di bawah pusat pemulihan akhlak di negeri Sembilan. dan 7 lelaki tersebut telah menjalani hukuman mahkamah.

Saya berkongsi kisah ini supaya masyarakat di luar sana untuk memberi kesedaran terhadap isu-isu yang melibatkan kanak-kanak. Isu ini bukanlah rekaan tetapi kenyataan yang berlaku di kawasan Chowkit. Misi Kami adalah menyelamatkan kanak-kanak dari sebarang mangsa penderaan, seks dan sebagainya.

Anak-Anak di Kawasan Chowkit adalah Kanak-Kanak Risiko Tinggi jika kita tidak memberi mereka kesedaran berbentuk program dan aktiviti, perlindungan, pengetahuan, kemahiran dan kasih sayang memungkinkan mereka terjerumus kepada perkara Negatif.

Berilah sokongan kepada kami supaya kehidupan anak-anak kawasan chowkit yang berada di Nur Salam akan terjamin kehidupannya masa akan datang.

Perkongsian cerita ini bukanlah untuk mencari salah sesiapa, ini adalah satu usaha kita bersama mencari penyelesaian agar isu kanak-kanak dapat kita atasi berssama.



Kisah ke dua yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan di Facebook Nur Salam mengenai Nasib adik-beradik yang mana ayahnya mempergunakan anaknya untuk mencari wang sebagai bekalan untuk membeli dadah.

Keluarga ini berasal dari pantai barat semenanjung malaysia, ayahnya dulu seoarang anggota polis akan tetapi di lucutkan jawatan kerana memiliki dadah, ibunya pula meninggal dunia ketika dia berumur lebih kurang 5 tahun. Kanak-kanak seorang abg dan seorang adik kecil yang begitu istimewa. setelah ayahnya di lucutkan jawatan, ayahnya menjadi pemandu bas express kl - melaka. akan tetapi sikap yang tidak boleh melupakan dadah masih lagi ada padanya. akhirnya syarikat pegangkutan bas juga memberhentikan ayahnya setelah di periksa dengan teliti.

abg kepada kanak-kanak ini juga sebenarnya bermasalah. terlibat dengan gejala negatif. akhirnya di perintahkan oleh mahkamah untuk di masukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak di Kuala Lumpur sehingga umurnya 21 tahun.

Oleh desakan hidup untuk memerlukan wang yang banyak, akhirnya ayahnya membawa kanak-kanak ini bersama dengan adiknya ke Kuala Lumpur. sebuah kota dengan manusia yang pelbagai ragam. apa yang menyedihkankan kami semua, mereka tinggal di bawah sebuah jambatan berhampiran LRT di Kuala Lumpur. Ayahnya tidak mempedulikan anak-anaknya asalkan mereka boleh berteduh dan makan dan minum.

Walaupun duduk di bawah jambatan, WANG perlu di cari. tapi bagaimana. Oleh kerana adik kepada kanak-kanak ini begitu istimewa di mata orang lain, maka di suruhnya mereka berdua mencari wang dengan cara meminta derma. Nak tak nak, anak ini terpaksa mengikut kehendak ayahnya. Mengikut kata anak ini, mereka dalam sehari mereka boleh mendapat wang dalam lingkungan RM 200. setiap wang yang mereka dapat, ayahnya pasti membeli bekalan dadah untuk dirinya.

Tahukah anda semua, anak ini telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana ayahnya menghisap dadah, bagaimana ayahnya mencucuk jarum ke tangannya, bagaimana ayahnya memproses dadah melalui lilin yang di bakar? secara langssung anak ini telah mempelajari sessuatu yang salah daripada ayahnya. bagaimana kalau anak ini masih lagi tidak di beri perlindungan, didikan, kaunseling dengan sewajarnya? Apa akan terjadi kepada anak ini?

Kami juga mengetahui, bahawa ayahnya pernah membawa anak ini pergi ke genting dan negeri di utara untuk menjual dadah? SIGH! anak ini telah di ajar untuk menjual dadah. HIBA! TERKEJUT! GERAM! bila kami mengetahui perlakuan ini.

Allah itu maha penyayang, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. pada sewaktu hari, ada seorang Sukarelawan Pekerja Sosial dari sebuah badan NGO"s di kawasan Chowkit juga telah menjumpai anak ini di bawah jambatan ketika ayahnya sedang khusyuk dengan dunia khayalan dadahnya. Sukarelawan tersebut telah membawa anak tersebut bersama adiknya ke Rumah Nur Salam untuk di beri perlindungan.

ketika itu, penulis di beri tanggungjawab untuk mengambil keterangan tentang perihal anak tersebut daripada sukarelawan tersebut. penulis juga berkesempatan untuk berborak dengan anak tersebut. Ketika anak tersebut di jumpai umurnya 11 tahun dan adiknya 4 tahun. penulis di beritahu oleh anak tersebut bahawa dia tidak bersekolah semenjak daripada darjah 4. Jika di tengok dari segi percakapan anak ini begitu cerdik. jika di lihat dari sudut fizikalnya anak ini begitu macho dan hensem.

Tanpa banyak soal jawab, anak ini terus di beri perlindungan di Rumah Nur Salam, di beri makan minum percuma, pakaian, dan anak di beri kaunseling khas kerana anak ini dalam keadaan trauma yang agak kuat akibat apa yang berlaku kepadanya. Terus terang anak ini sebenarnya adalah anak yang berani, bak kata orang, kalau letak dia di mana-mana dia boleh hidup. Tindakan seterusnya kami membuat laporan polis agar ayahnya di tangkap dan seterusnya di beri pemulihan di pusat serenti.

Seterusnya, kami menyekolahkan beliau supaya anak ini mendapat pendidikan yang terbaik. Alhamdullillah, dengan pemantauan daripada Nur Salam, keputusan UPSR cukup membanggakan. Anak ini mendapat 4B 1D. walaupun dia tidak bersekolah daripada darjah 4 hingga 5, namun daripada keputusan UPSR ini, potensi untuk anak ini lebih berjaya sebenarnya ada.

Untuk anak ini mendapat kasih sayang seperti orang lain, kami mencari dia keluarga angkat. Syukur, setelah melalui proses dari Jabatan Kebajikan Masyarakat KL dan Mahkamah, anak ini bersama adiknya berada di bawah jagaan keluarga angkat sehingga umur 18 tahun. setidak-tidaknya anak ini mendapat juga apa yang di katakan Erti Kasih Sayang.

beberapa bulan selepas itu, adik kepada kanak-kanak ini telah di masukkan ke hospital akibat daripada jangkitan TB daripada jangkitan daripada ayahnya dulu. Hampir sebulan lebih anak ini duduk di hospital untuk di beri rawatan. untuk pulih daripada jangkitan ini, anak ini perlu mengambil pil khas di mana selama enam bulan. Syukur kepada Allah, kini adik kanak-kanak ini telah sihat dan bebas dari jangkitan TB.

Usaha daripada Nur Salam untuk memberi anak ini satu motivasi supaya anak ini berjaya di masa akan datang ialah melalui Dr Hartini, satu temujanji telah di lakukan dengan CEO AIRASIA, Dato Seri Tony Fernandes yang mana Dato Seri juga kawan baik kepada Dr Hartini. Pada hari lahir anak tersebut, satu Majlis sambutan Hari Jadi bersama dengan Dato Seri telah diadakan di Pejabat AirAsia kerana tarikh lahir anak tersebut dengan Dato Seri adalah pada hari yang sama. Anak tersebut di beri motivasi oleh Dato Seri dan anak tersebut telah di beri peluang untuk mencuba memandu kapal terbang maya yang mana nama spesifik saya lupa.

Hari ini, di mana anak ini bersekolah menengah, anak ini sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Anak ini mahir dalam bidang Pancaragam kerana sekolah anak ini memang terkenal dengan pasukan Pancaragam terkenal di Malaysia dan pernah mewakili Negara untuk pertandingan Pancaragam peringkat Antarabangsa. Anak ini juga aktif dalam sukan Rugby di sekolah tersebut, kami berharap dengan penglibatan anak ini dalam bidang kokurikulum di harapkan anak ini dapat membina kehidupannya yang baru. Walaupun kami tahu, trauma yang ada pada dirinya masih ada. Anak ini masih menyimpan kisah silam yang pahit untuk di telan dalam dirinya.

Apapun, kesemua anak-anak nur salam yang ada sebenarnya memerlukan kasih sayang dari kita semua, mereka memerlukan didikan, tunjuk ajar, untuk mereka menjadi seperti kanak-kanak yang mendapat kasih sayang, didikan dan sebagainya.

Kalau kita tidak membantu mereka, siapakah yang akan membantu mereka? jangan biarkan mereka hanyut di buat dengan pemodenan yang memaksa mereka terlibat dengan gejala negatif.


BE A VOLUNTEER TODAY !

BECOME A SPONSOR TODAY!

SHARE YOUR THOUGHTS WITH US!

WE DREAM OF LOVE,CARE & GUIDANCE

Monday, January 4, 2010

Kenapa siapanamaaku yang dipilih..?

Sebab apa ada pada nama...? yang penting kebebasan mengutarakan apa yang sepatutnya diutarakan...kan Malaysia ni negara bebas dan demokrasi (betul ke benar-benar bebas..? dan betul ke benar-benar demokrasi...) tapi bebas pun ada batasan juga...